Rabu, 18 Februari 2009

Apa itu PDF?

Tahu tak kenapa fail PDF adalah paling popular digunakan di laman-laman web? Biasanya bila satu-satu laman web menyediakan dokumen yang boleh kita download, ia akan diberi dalam format PDF. Kawan saya pernah tanya, kenapa tak guna format DOC oleh Microsoft Word? Ok, bagi menjawab soalan ini, mari kita tengok apa itu PDF. PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar, sama macam fail Microsoft Word. Namun fail PDF ini telah menjadi format utama yang digunakan di Internet, kerana saiznya yang kecil. Bayangkan fail Microsoft Word yang sebesar berpuluh-puluh MB boleh dipadatkan sehingga tidak lebih dari 10 MB sahaja dalam fail PDF. Saiz yang kecil ini akan memudahkan anda download dokumen dari Internet, serta menjimatkan ruang dalam Hard Disk. Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas. Kalau nak buat fail PDF pula, Microsoft Word pun boleh digunakan. Dah habis tulis dokumen anda, tukarkan fail Word tersebut kepada PDF menggunakan CutePDF Writer. Nak lebih mudah, gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.

[+/-] Read More...

Tukarkan Fail Word Kepada PDF dengan CutePDF Writer

Seperti yang kita ketahui, fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro. Namun kini anda boleh membuat fail PDF dengan mudah sahaja menggunakan perisian percuma CutePDF. CutePDF boleh membuat fail PDF dari apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi). Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail PDF dengan menekan Print, dan pilih CutePDF Writer sebagai printer anda. Untuk menggunakan CutePDF Writer, anda haruslah terlebih dahulu install Ghostscript di dalam Windows. Download CutePDF Writer dan Ghostscript di sini.

[+/-] Read More...

Buka Fail PDF Dengan Pantas Menggunakan Foxit Reader

Kalau anda selalu download ebook dari Internet, dah tentu anda biasa dengan fail PDF. Format fail dari Adobe ni sangat meluas digunakan kerana saiznya yang kecil. Namun, adakah anda masih menggunakan Adobe Reader untuk membaca fail PDF? Saya tidak. Ini adalah kerana saiz Adobe Reader yang sangat besar. Untuk download sahaja, failnya dah mencecah 22.2 MB. Adobe Reader bukan sahaja besar, malah lembab dalam membuka fail PDF. Ini kerana ia dipenuhi dengan pelbagai fungsi yang kebanyakannya tidak diperlukan oleh anda. Bertukarlah kepada Foxit Reader. Saiz Foxit Reader kecil sahaja, iaitu kira-kira 3 MB. Foxit Reader akan membuka fail PDF anda dengan pantas sekali. Anda juga boleh membawa program tersebut di dalam USB Drive, tak perlu install untuk buka Foxit Reader di komputer lain. Versi terbaru Foxit Reader menawarkan pelbagai fungsi-fungsi yang berguna. Antaranya ialah: 1. Multi-tab Browsing. Sama seperti tabbed browsing dalam Firefox dan Opera, Foxit Reader boleh membuka banyak fail PDF dalam window yang sama. Ini boleh menjimatkan ruang pada taskbar anda. 2. Tambah Bookmark Anda Sendiri. Foxit Reader membenarkan anda memasukkan Bookmark ke mana-mana bahagian dalam fail PDF. Amat berguna sekiranya anda nak tanda bahagian yang penting, ataupun tanda bahagian yang anda dah habis baca. Jadi adakah anda masih menggunakan Adobe Reader? Masa untuk berubah

[+/-] Read More...

Convert Fail Secara Online Dengan Zamzar

Katakan anda mempunyai fail video dalam komputer yang berbentuk avi, dan ingin menukar fail tersebut kepada format 3gp agar boleh dimasukkan ke dalam telefon bimbit. Ataupun mungkin anda ingin menukar fail pdf kepada doc supaya anda boleh edit dokumen tersebut. Tak kiralah fail jenis apa pun yang anda mahu convert, anda boleh lakukannya dengan segera di laman web Zamzar. Zamzar menyediakan perkhidmatan menukar format fail secara online. Jika anda mempunyai sambungan Internet yang memuaskan, serta malas (:p) nak install software untuk convert fail, Zamzar merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Zamzar mampu menukar pelbagai jenis fail termasuklah dokumen, imej, video, audio, dan fail jenis Zip. Lihat senarai penuh format fail yang disokong oleh Zamzar.

[+/-] Read More...

Tukarkan Fail PDF Kepada Word Dengan SomePDF

Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya? Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter. Seperti namanya, SomePDF to Word Converter berfungsi untuk menukarkan fail PDF kepada fail Word supaya anda boleh mengubahsuai segala teks dan gambar yang terdapat di dalam dokumen tersebut. SomePDF juga membenarkan anda untuk menukar banyak fail PDF sekaligus, menjadikan urusan anda lebih cepat dan mudah. Download SomePDF to Word Converter di sini.

[+/-] Read More...

Design by Zulkharnaim Zahari Visit Original Post naim2u